Tuesday, December 28, 2010

,,(~.~),,

Haish, nape susah nak tido nih??

Gigi da gosok, muka da cuci, tapi nape saya xtido2 lagi nih??... hak3.. tu pon nak duk bagitau jugak..

Actually sah tinggal 4 hari jeh lagi duk kat umah sebelum balik ke maktab saya. eh silap, sekarang da kira esok. jadi, tinggal 3 hari jeh lagi di umah.. aduhh... sedihnya.. dah tak boleh nak tido atas katil besar nih, dah xboleh mandi dalam bilik air kat umah nih lagi... adehh mengarot ler minah nih...

Ok lah, yang sebenar2 nya lah, saya dapat panggilan dari seorang kawan baik saya. kira bff la jugak. terkejut pnyer lah. yelah, call sy nangis2 cakap pakwe die yang amat amat amatlah dikasihi n dicintai bagai nak rak tuh tinggalkan dia.. aduyaiii saya agak bosan melayan tangisan semata-mata lelaki jenis tak guna macam nih. so, saya praktikkanlah segala pengalaman perempuan tak guna contohnya macam saya nih yang xsemua orang ada tuk tenangkan dia. lama lah jugak menenangkan sahabat karib saya tuh.. aduhh... si boifrennya suami orang.. Memang kadang-kadang manusia nih buta dengan cinta dan nafsu dek kata-kata manis si lelaki terutamanya husband orang(tak semua lah ok...)..

Sedih saya dengar dia sakan duk nangis. yelah, saya sendiri perempuan. saya tahu perempuan kalau dah cinta dan sayang, macam2 halangan depan mata pun dah tak kisah. tapi percayalah, cinta tuh tak ke mana. percaya atau tidak, cinta tu sekadar bertepuk sebelah tangan je. saya teringat ada dalam satu ceramah dari Dato' Fadzillah Kamsah sendiri yang mengatakan, kalau lelaki yang sudah bersuami tetapi mencari perempuan lain untuk mengisi hatinya dengan bercerita keburukan si isteri, 99% memang tidak boleh dipercayai. lebih-lebih lagi bermain cinta di belakang isterinya sendiri. kita pun salah kadang-kadang. sekadar kata-kata manis pun sudah membuatkan kita terpaut..

Memang si isteri ada kelemahan2 tertentu, tapi sedarlah wahai si suami di luar sana, tidak ada setiap seorang pun manusia di muka bumi nih diwujudkan Allah sempurna segala-galanya. teringat satu cerita di televisyen yang saya baru tonton minggu lepas kalau xsilap. mengisahkan seorang suami yang mahu beristeri lagi tapi dia tetap sayangkan isteri dan anaknya. jadi, dia buat keputusan meminta izin isterinya untuk berkahwin lagi. alhamdulillah isterinya memberi izin dan menyuruhnya membawa perempuan tersebut datang bermalam di rumah mereka supaya dia dapat kenal lebih rapat lagi.

Sepanjang di rumah mereka, ramahnya si isteri melayan bakal madunya.. bahagia sangat si suami melihatkan keadaan tuh. dalam diam, merana sangat hati si isteri tapi xpernah ditunjukkan sedihnya di hadapan sesiapa. bagi dia, kebahagiaan suaminya adalah kebahagiaannya juga. tapi timbul resah di hati perempuan tuh dan dia tidak pasti adakah keputusannya tu betul. lalu, dimintanya petunjuk dari Allah s.w.t. dia keluar dari rumah tu dan pergi jauh dari si lelaki dan keluarganya kerana dia tidak sanggup hadir dalam sebuah keluarga yang begitu baik dengannya..

Bagi saya, kedua2 wanita dalam cerita tersebut walaupun hanya lakonan, sangat mulia...

Betul kata seseorang, kita janganlah fikir hanya diri kita, kadang2 kita kena fikir orang sekeliling, keluarga kita, kawan2 dan paling utama Allah s.w.t... kita xmampu hidup di dunia nih hanya berbekalkan cinta sesama manusia tetapi juga cinta dari Allah..

Alhamdulillah, kawan saya dapat menerima keputusan tuh. benarlah, kadang-kadang Allah uji kita supaya kita lagi matang dan dekat denganNya walaupun kita xsedari. kita beri orang lain hidup bahagia, berkali2 ganda kita akan dapat kebahagiaan itu satu hari nanti. betul, lelaki boleh berkahwin hingga empat tetapi mampukah mereka bersifat adil sebagaimana alasan mereka ingin mengikut sunnah Nabi.. apakah keinginan mereka tu dapat memberi manfaat kepada Islam. tetapi Islam memberi kebenaran tersebut memandangkan bagi mengelakkan berlakunya zina dan maksiat. tapi, seeloknya bagi si perempuan, masih ramai lelaki2 yang memerlukan kasih sayang anda.. carilah sebaik2 lelaki... moga kawan saya itu dan sesiapa yang pernah melalui semua nih Tuhan berikan jodoh yang boleh memimpin hidup dalam keberkatan bukannya sekadar mabuk cinta yang belum pasti penghujungnya.... amin... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...