Tuesday, December 28, 2010

,,(~.~),,

Haish, nape susah nak tido nih??

Gigi da gosok, muka da cuci, tapi nape saya xtido2 lagi nih??... hak3.. tu pon nak duk bagitau jugak..

Actually sah tinggal 4 hari jeh lagi duk kat umah sebelum balik ke maktab saya. eh silap, sekarang da kira esok. jadi, tinggal 3 hari jeh lagi di umah.. aduhh... sedihnya.. dah tak boleh nak tido atas katil besar nih, dah xboleh mandi dalam bilik air kat umah nih lagi... adehh mengarot ler minah nih...

Ok lah, yang sebenar2 nya lah, saya dapat panggilan dari seorang kawan baik saya. kira bff la jugak. terkejut pnyer lah. yelah, call sy nangis2 cakap pakwe die yang amat amat amatlah dikasihi n dicintai bagai nak rak tuh tinggalkan dia.. aduyaiii saya agak bosan melayan tangisan semata-mata lelaki jenis tak guna macam nih. so, saya praktikkanlah segala pengalaman perempuan tak guna contohnya macam saya nih yang xsemua orang ada tuk tenangkan dia. lama lah jugak menenangkan sahabat karib saya tuh.. aduhh... si boifrennya suami orang.. Memang kadang-kadang manusia nih buta dengan cinta dan nafsu dek kata-kata manis si lelaki terutamanya husband orang(tak semua lah ok...)..

Sedih saya dengar dia sakan duk nangis. yelah, saya sendiri perempuan. saya tahu perempuan kalau dah cinta dan sayang, macam2 halangan depan mata pun dah tak kisah. tapi percayalah, cinta tuh tak ke mana. percaya atau tidak, cinta tu sekadar bertepuk sebelah tangan je. saya teringat ada dalam satu ceramah dari Dato' Fadzillah Kamsah sendiri yang mengatakan, kalau lelaki yang sudah bersuami tetapi mencari perempuan lain untuk mengisi hatinya dengan bercerita keburukan si isteri, 99% memang tidak boleh dipercayai. lebih-lebih lagi bermain cinta di belakang isterinya sendiri. kita pun salah kadang-kadang. sekadar kata-kata manis pun sudah membuatkan kita terpaut..

Memang si isteri ada kelemahan2 tertentu, tapi sedarlah wahai si suami di luar sana, tidak ada setiap seorang pun manusia di muka bumi nih diwujudkan Allah sempurna segala-galanya. teringat satu cerita di televisyen yang saya baru tonton minggu lepas kalau xsilap. mengisahkan seorang suami yang mahu beristeri lagi tapi dia tetap sayangkan isteri dan anaknya. jadi, dia buat keputusan meminta izin isterinya untuk berkahwin lagi. alhamdulillah isterinya memberi izin dan menyuruhnya membawa perempuan tersebut datang bermalam di rumah mereka supaya dia dapat kenal lebih rapat lagi.

Sepanjang di rumah mereka, ramahnya si isteri melayan bakal madunya.. bahagia sangat si suami melihatkan keadaan tuh. dalam diam, merana sangat hati si isteri tapi xpernah ditunjukkan sedihnya di hadapan sesiapa. bagi dia, kebahagiaan suaminya adalah kebahagiaannya juga. tapi timbul resah di hati perempuan tuh dan dia tidak pasti adakah keputusannya tu betul. lalu, dimintanya petunjuk dari Allah s.w.t. dia keluar dari rumah tu dan pergi jauh dari si lelaki dan keluarganya kerana dia tidak sanggup hadir dalam sebuah keluarga yang begitu baik dengannya..

Bagi saya, kedua2 wanita dalam cerita tersebut walaupun hanya lakonan, sangat mulia...

Betul kata seseorang, kita janganlah fikir hanya diri kita, kadang2 kita kena fikir orang sekeliling, keluarga kita, kawan2 dan paling utama Allah s.w.t... kita xmampu hidup di dunia nih hanya berbekalkan cinta sesama manusia tetapi juga cinta dari Allah..

Alhamdulillah, kawan saya dapat menerima keputusan tuh. benarlah, kadang-kadang Allah uji kita supaya kita lagi matang dan dekat denganNya walaupun kita xsedari. kita beri orang lain hidup bahagia, berkali2 ganda kita akan dapat kebahagiaan itu satu hari nanti. betul, lelaki boleh berkahwin hingga empat tetapi mampukah mereka bersifat adil sebagaimana alasan mereka ingin mengikut sunnah Nabi.. apakah keinginan mereka tu dapat memberi manfaat kepada Islam. tetapi Islam memberi kebenaran tersebut memandangkan bagi mengelakkan berlakunya zina dan maksiat. tapi, seeloknya bagi si perempuan, masih ramai lelaki2 yang memerlukan kasih sayang anda.. carilah sebaik2 lelaki... moga kawan saya itu dan sesiapa yang pernah melalui semua nih Tuhan berikan jodoh yang boleh memimpin hidup dalam keberkatan bukannya sekadar mabuk cinta yang belum pasti penghujungnya.... amin... =)

Monday, December 27, 2010

alhamdulillah.....=)

Hurmmm... segar sangat bangun pagi dapat hirup udara segar di rumah sendiri walaupun tgh bandor. xpelah, yang penting, pagi2 kita dapat tengok muka kedua ibu bapa kita..

Kalau bangun pagi, ape lagi teros breakfast laa... oppsss da mandi dulu k..hehe.. sambil2 tuh masa ngah belek satu page suratkhabar hari nih, saya ada terbaca satu berita. Hospital Pakar Ipoh telah mewujudkan satu baby hatch @ pusat perlindungan bayi tuk mengelakkan gejala buang bayi sekarang nih berterusan. yelah i mean untuk ibu2 yang belum bersedia atau xberkemampuan menjaga bayi mereka. yang saya kagum ngan inisiatif nih, kat tempat tuh xdiletakkan CCTV yang mana jaminan identiti pihak yang menghantar bayi ke pusat tersebut tidak akan didedahkan. bukan ape, baguslah. yelah daripada si gadis duk menanggung malu atas tindakan terlanjur diorang dan takut orang tahu n then buang bayi merata2 sampai menyebabkan kematian, eloklah inisiatif sebegini diwujudkan. sekurang2 nya nyawa bayi tersebut selamat dan terpelihara.malah di pusat perlindungan sementara tu, bayi2 nih akan mendapat perlindungan dan rawatan yg sepatutnya buat sementara sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya..

Macam2 dunia sekarang nih. Nauzubillah, mintak jauh sy terpedaya ngan semua nih agy dah. kadang2 pelik kenapa kaum Hawa yang telah tersurat lembut dalam segala hal sanggup bersepakat ngan si boifren tuk buang bayi. bertambah lagi dosa.. kalau bayi tuh mati, besarnya dosa xterhitung....

Syukur pelbagai inisiatif diwujudkan bagi menangani gejala2 nih. moga bertambah ramai umat Islam di muka bumi ini. sesungguhnya tanggungjawab kita sebagai Khalifah d muka bumi ini xpernah tamat.moga bayi2 ini membesar dengan baik... semoga ALLAH ampunkan segala dosa2 ku sbelum ini dan saudara2 Islam d muka bumi ini...amin...=(

kolot sgt ker!!!

Dulu, saya langsung xkesa dgn sekeliling. i mean, orang hisap rokok ke, minum arak ke pape jeh lah. tapi nape skunk hati saya rase geram n panas bila tengok sume tuh. bukanlah nak berlagak baik coz saya nih bukannya baik sgt pown, tp entah lah. xreti nak cakap. tiba2 rasa panas hati bila tengok. bisalah kita hidup di dunia nih xmampu bersendirian. mesti ada kawan. tapi xsemua kawan2 kita boleh buat sahabat....

Saya ada kawan2 yang pelbagai latar belakang. ada mcm2 lah jenis perangai nye. selama nih, saya xkisah bila berkawan dengan sape2 tapi nape dua tiga menjak nih, rasa sumthing. bila saya tengok ada kawan2 yang duk letak gambar2 yang xsepatutnya lam laman sosial milik diorang cth gambar pegang arak la, tengah cium boifren yang rambut merah la, tunjuk gambar lam bar, macam2 ah! dulu saya kawan jeh tapi skrg bila tengok rasa nyampah teramat sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Macamlah hebat sangat. lau nama tuh Melayu, ape pasal nak ikot budaya luar yang duk makan diri sendiri. saya sendiri pon bukan baik sangat sampai kdg2 orang naik nyampah ngan saya tp at least xboley ker dgr nasihat kawan2 sendiri. bila lidah mula sebut, dikatakan kolot la, nyebok la, ko duk maktab xtao pape la, xikot trend sekarang la ape la!! habis, trend hidup korang yang high class tuh jamin korang bahagia dunia akhirat ke.. orang yang banyak kali wat salah dan ambil pengajaran dari orang lain lebih baik dari orang yang wat salah tapi xnak ambil pengajaran langsung!

Pastuh, duk bangga2 dengan gambar2 tuh konon gaya hidup ko macam high class la konon. aku la kolot zaman batu kan......

Saya bukan niat nak mengamuk atau burukkan sape2 kat sini, tapi cuba lah bayangkan anak2 kita yang mcm gaya hidup korang. korang nasihat pon diorang xnak dengar. dengarlah at least nasihat kawan2 n orang2 terdekat. korang akan belajar banyak sangat2 kalau korang banyak buat salah dan berubah. belajar dari pengalaman kita. sy pon bukan perfect. malah, xde manusia yang perfect dalam muka bumi nih. kita kena ingat xsemua kawan boleh dibuat sahabat. kalau orang dah xpercayakan kita, biarlah. yang penting hati kita sendiri..

Setiap individu ada buat kesilapan. at least cuba tatap muka parent kita n bayangkan betapa susahnya nak membesarkan kita. kalau tindakan tuh tanda korang memberontak dengan mereka, setakat diam jeh lah sudah cukup. jangan lah duduk proud2 dgn benda2 yang korang ambil atau minum tuh coz yang seksa nanti korang juga...... sy harap ada antara korang maafkan kawan korang yang kolot nih. i luv u oll olwez.... maafkan sy kalau saya terkasar bahasa...

Sunday, December 26, 2010

huk3...



Saya nih obses sgt dgn lagu2 english.... bagi saya kan, xsalah asalkan tidak melalaikan amalan dan kehidupan kita sebagai Islam. Dalam erti kata lain, sekadar minat mendengar dan janganlah sampai memuja dari segala aspek. nih mcm tuh artis pakai, mcm tuh jugak kita nk ikot n jadikan idol. saya akui saya sampai tahap mcm tu dulu tapi alhamdulillah sedikit demi sedikit saya kurangkan coz nak harapkan perubahan yg besar dan mendadak bukanlah mudah. ibarat jihad..

Kalau nak memilih lagu barat yang didengar, seeloknya kita tgk dulu lirik2 dan kandungan2 yang mungkin kita xnampak dan sedari.. mcm kita tgk sekarang nih, banyak lagu ada ayat2 lust, mencarut, terlalu berat dan sebagainya. saya suka english songs tapi sekarang alhamdulillah saya cuba hadkan..

Lagu2 nasyid sekarang ni pun tidak membosankan dan terlalu menarik dalam berdakwah terutamanya untuk golongan muda. saya sendiri pon akui saya dah jatuh cinta dengan lagu2 nasyid. even ada sesetengah pendakwah menggunakan pendekatan dakwah melalui cara yang bijak terhadap golongan muda sehinggakan lagu rock dicampur dengan qasidah. yup, apa salahnya. menarik dan kreatif bukan??.. asalkan objektif penympaian dakwah Islamiah dapat dicapai kerana memang susah nk mendekati apatah lagi mengubah golongan2 muda khususnya..

Saya juga dikelilingi dengan individu2 yang suka mendengar nasyid. Dulu, langsung xberminat. yelah, bagi saya mengantuk dan membosankan. tapi, saya tengok artis2 contohnya Maher Zain, Sami Yusuf, Raihan etc2 dah berjaya lam industri mereka. bagi pendapat saya, muzik mereka yg menarik dan merdu yg membuatkan dakwah mereka berjaya sehinggakan saya sebagai golongan muda sendiri tertarik. yar, still layan english tapi dah sedikit terarah ke nasyid2 mereka. begitu cepatnya mereka terkenal dek muzik mereka. bagi saya, mereka hebat lam berdakwah walaupun secara tidak langsung kerana mereka tahu tuntutan muzik dan pendengar sekarang sehinggakan peminat mereka dalam kalangan remaja semakin hari semakin meningkat... malahan kanak-kanak pon nyanyikan lagu2 mereka d mana2 sahaja.... see!!

Sekarang dah layan!! hik3... aduhh ter"falled" in luv with Sami Yusuf guys!! he's perfect lol...!! Macam ni lah lelaki yang saya inginkan setelah saya melalui banyak sangat perkara. yelah, pengalaman mematangkan kita sumtimes.. ..heheee... kalau kita menginginkan lelaki sebaik2 yang boleh memimpin kita, kita mulakan dengan diri kita dulu. berubah ke arah yang lebih baik memang dituntut. lakukan walaupun secara perlahan dan walaupun hanya kita yang dapat merasakan perubahan itu... =)








setelah pelbagai perkara yg berlaku, sy tersentuh dengan ayat seorang hamba Allah:

"carilah lelaki yg betol2 layak bergelar suami yg mana iman kita yg xseberapa nih dapat diteguhkan olehnya...."

amin.......terima kasih awak....


Saturday, December 25, 2010

c.o.o.l nyer b.l.o.g

tgk perkataan blog wat sy teringat kat satu minuman ----> cool blog....huhuuu

dulu slalu duk dgr seorang kwn sy yg cntik asyik duk mnyebut psl minuman neyh (sedap laa,terliur laa ape laa....). sy lak xpenah duk merasa mnuman tuh. so, bg sy biasa2 jeh lah memandangkan slalu merasa minuman ice blended sebegitu even lam tempat sy sendiri pon sodapp....

tapi org kata minuman cool blog nih spesel.. sy pon teringin ler jugak nak mencuba. terketar2 lutut nak pergi beli. almaklumlah tempat sy belajar terletak lam lokasi kampung yg cntik, jadi terpaksalah ke bandar Kota Bharu yg berdekatan untuk merasai nikmat "cool blog" tuh...

petang tuh tanpa dirancang terkedek2 la kami dua orang kejar masa ke sana semata2 nak cari minuman tuh. bila sampai kat stall lam KB Mall tuh, saya try ler pilih perisa choc. lamanya laa nak tunggu siap. xpelah, gian pnyer pasal. bila da dapat tuh, hanya satu slurrppp jeh, sodap giler weh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! xterkata......

xbaik minum berdiri tao x!, tapi sy main bantai jeh minum. teruja sgt dapat minum... pegi sana beli benda alah tuh jeh. ekekekeee...

lepas dari moment first time duk merasa minuman tuh, terus duk angau nak lagi..... adoiii.... terliur seyh!!

tengok gambar dari tenet pon jadi lah.......='(


SUAMI & ISTERI PILIHAN MENGIKUT ISLAM

saya dah melalui berbagai-bagai pengalaman dengan kaum Adam..

sekarang, baru sy tahu kenapa ada ciri2 yg perlu kita tengok dalam membuat pilihan. sekadar "cinta" sahaja tidak cukup. saya ada ramai kawan. semuanya saya tengok mempunyai "boyfren" yg org cakap xsedap mata memandang. hisap rokok, berseluar pendek di luar, ambil gambar melekat pipi dan badan etc2...

saya pon ramai kawan lelaki. betapa senangnya si lelaki mengucap cinta dan syg tapi nape Tuhan tutup lagi pintu hati saya kat mereka??... kdg2 terpikir, kalau saya terima cinta mereka, andaikan sy berkahwin dgn mereka, mereka masih lagi merokok, masih lagi keluar malam, ambil gambar peluk2 bkn shaja dgn saya tetapi dgn sme org d khalayak ramai (bagi mereka ini tandanya peramah sbg bff a.k.a bes fren forever), sy xkan sanggup nk hadapi semua tuh. carilah sebaik2 lelaki atau pasangan. sy menginginkan seperti abah saya, lembut bicara, solat diutamakan dan xsuka keluar tanpa ma di sisi....

sy dah terlalu byk mengenal lelaki.. memg pada mulanya cinta, tapi kalau difikirkan panjang sampai lepas2 berkahwin, sampai ke manalah sangat bahagianya...

saya ada terbaca satu laman web baru2 ini tentang suami atau isteri pilihan dalam Islam dan sy suka kongsikan di sini...=)

Berikut adalah Ciri-ciri Calon Pilihan Suami Yang Baik Menurut Islam

1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang dia(suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga. Maknanya lelaki yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Tidak Dayus, sanggup menjadi pembela isterinya. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. Bukan dari jenis lelaki yang tidak bertimbang rasa, yang sentiasa memerintahkan isterinya itu dan ini tanpa mengira isterinya sakit atau kepenatan.(Bukan juga jalan kepada isteri itu untuk mengsambil lewakan layanannya kepada suami itu.)

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha. (Sebenarnya secara peribadinya saya tidak berapa setuju dengan pendapat ini, kerana saya pernah berjumpa dengan kisah ini:[ Khadijah ra. membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: "Wahai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak maupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau ridhoi !"

Dan sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan". (Adh-Dhuhaa: 8)] Dan seperti yang kita ketahui juga Khadhijah ra. telah menghabiskan hartanya demi membantu suaminya(Rasulullah s.a.w) dalam menegakkan Islam ini. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ disini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata. Dan menghabiskan harta isterinya dalam jalan sia-sia dan syahwat pula.)

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

Inilah serba sedikit pendapat-pendapat yang sempat saya kumpulkan. Tetapi apa yang lebih utama dari segala hujah itu tadi ialah Agamanya. Pilihlah yang beragama dan teguh dengan pegangan Islam ini. Tidak mengapa jika calon suami itu terkurang sedikit dari segi keduniaannya, tetapi lebih dari segi agamanya. Namun dalam mencari cirri-ciri suami yang baik itu, mari kita lihat juga ciri-ciri isteri yang baik itu bagai mana pula. Kerana tidak adil mengharapkan Allah menjodohkan kita dengan seorang lelaki yang baik akhlaknya sedangkan diri kita sendiri sangat memandang mudah pula pada yang demikian. Kerana Allah akan menjodohkan kamu sesuai dengan dirimu sendiri itu bagaimana.

surah An-Nur ayat 3, “Lelaki yang berzina tidak dinikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu tidak dinikahi melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Demikian itu terlarang kepada orang yang beriman.”



Ciri-ciri isteri solehah

- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.

Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.

Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya.

Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).

- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.

Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim).

- Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. Iaitu menjaga aurat suaminya. Aurat itu bermaksud sesuatu perkara berkaitan dengan suaminya, jika diketahui oleh orang lain ia boleh mendatangkan ‘aib.

- Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.

- Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).

Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar. Seperti contohnya, meminta isteri yang berpuasa dibulan Ramadhan menghidangkan makanan kepadanya pada siang hari(hanya satu contoh).

- Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.

Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).

- Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).

Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya.

Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih).

- Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.

- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.

- Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.

Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.: ``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''

Dan hayatilah ini wahai para lelaki, para suami dan bakal-bakal suami.

Diriwayatkan bahwa seorang pemuda datang ke rumah Umar bin Khatthab Radhiallahu 'anhu hendak mengadukan keburukan akhlak isterinya. Maka dia berdiri di depan pintu menunggu Umar keluar. Lalu dia mendengar isteri Umar bersuara lantang pada suaminya dan membantahnya sedangkan Umar diam tidak membalas ucapan isterinya. Pemuda itu lalu berbalik hendak pergi, sambil berkata : "Jika begini keadaan Umar dengan sifat keras dan tegasnya dan dia seorang amirul mukminin, maka bagaimana dengan keadaanku ?".

Umar keluar daripada rumahnya dan melihat ada orang beredar dari rumahnya lalu memanggil pemuda itu dan berkata : "Apa keperluanmu wahai pemuda ?" Dia menjawab : "Wahai Amirul Mukminin, pada mulanya aku datang hendak mengadukan keburukan akhlak isteriku dan sikapnya yang membantahku. Lalu aku mendengar isterimu berbuat demikian, maka aku pun kembali sambil berkata :"Jika demikian keadaan amirul mukminin bersama isterinya, maka bagaimana dengan keadaanku ?" maka Umar berkata : "Wahai saudaraku. Sesungguhnya aku bersabar atas sikapnya itu kerana hak-haknya padaku. Dia yang memasakkan makananku, yang membuatkan rotiku, yang mencucikan pakaianku, yang menyusui anak-anaku dan hatiku tenang dengannya dari perkara yang haram. Kerana itu aku bersabar atas sikapnya". Pemuda itu berkata : "Wahai Amirul Mukminin, demikian pula isteriku". Berkata Umar "Bersabarlah atas sikapnya wahai saudaraku ..." [Kitab Al-Kaba'ir oleh Dzahabi hal. 179]

Penentangan seorang isteri itu terhadap suaminya adalah berkaitan dengan keyakinannya pada sesuatu yang mana ia mempunyai sumber dan ilmu pengetahuan mengenainya dengan jelas. Dan berhak dia berkeras yang pendapatnya itu lebih benar dari pendapat suaminya. Tidaklah pula wajib keatas suami itu untuk memta’atinya, hanya sekadar harus baginya. Tetapi jika ianya berkaitan dengan halal dan haram, sah dan batal pada sesuatu amal, maka wajiblah ia mengikutinya.

Dan kelongaran ini bagi pihak isteri pula bukanlah berkenaan menegakkan benang yang basah. Atau pendapat-pendapat yang datangnya dari kehendak dan dorongan nafsu semata.

insyaallah, perempuan yg baik untuk lelaki yg baik, begitu juga sebaliknya. tp Tuhan Maha Berkuasa, semua atas kehendakNya. abah saya cakap xsemestinya begitu. Allah yg Berkuasa, kita sbg hamba tidak layak berkata begitu melainkanNya sebab abah dulu pandai ilmu agama dan slalu manfaatkan sbg khidupan seorg Islam sedangkan ma xtahu lgsg hal2 agama trmasuk membaca Al-Quran. tapi Tuhan takdirkan abah saya dgn ma sampai ma tahu hidup sbg sebenar2 Islam. jgn kita menuding org yg jahil hnya layak untuk org yg jahil dan sebaliknya. kalau itu yg Dia mahu dibimbingnya, saya berdoa Tuhan berikan saya jodoh yg baik untuk membimbing saya yg jahil. sampai masanya sy terima perubahan "ITU"... insyaallah.... =)

Thursday, December 23, 2010

si manje sy...

boring2 pon,sy ade peneman setia yg kuat makan,tido n mengigit...B n Cayunk!! luv ya!! untung tao ade pet nih.lau stres,ley men ngan die.jadik lah gelak setan cket2 wlaupon hati ngah susah..hik3.. even lam kajian pon ade bgtau yg bela haiwan peliharaan nih boleh panjangkan umur si pemilik. yelah, kalau asyik duk stres n sedih2 memanjang, pendeklah nyawanye (betol ke ak neyh...)..hak3! tapi tuh atas kajian..... yang menentukan semestinya Allah s.w.t.......

hamster sy nih kecik jeh @ dwarf....kuat makan kuaci n jagung.yang jantan kuat tido. sebab tuh perut die besor dari kepala. endomorf la katakan..kah3! yang betina lak comey sangat. bulu die lembut, gebu, n suke joging via roda ajaibnye.. die makan n tido seimbang..sebab tuh badan die cntik ala2 mesomorf. yang jantan pon sayang. moga ikatan kasih sayang mereka berkekalan..amin...kekekekee...

sy nih satu jeh kelemahan bab2 membela hamster nih, sy malas nk cuci,mandikan n bg diorang makan..terok tol pnyer owner. alkishlah masa ngah cuti nih, abah sy tegur kalau ma tak masak, abah tak bayar bil air n jarang spend time ngan sy,ape saya rase?? rase seolah2 hdup lam kesusahan tak sedangkan sy ada penjaga??...

saya pelik lol...upenyer baru saya paham... abah gunakan kiasan nk nasihatkan saya suh perlakukan baik2 kat binatang. kita dahlah letak diorang dalam sangkar, Allah xsuke..tp eloklah kita jaga seelok2 nye kalau kita nk tunjukkan kasih sayang kita kat diorang..c0z abang sy ckp, cara kita jaga haiwan peliharaan akan menunjukkan sikap kita bila kita dah ada anak nanti....

betoi jugak..... skunk sy setiap mggu mandikan diorang...men ngan diorang bila free...bg makan diorang 2 kali sehari...wah3!! mithali gitu nyer owner.....kikikiiii......=p







Monday, December 20, 2010

hola!!!

wah3....da lama mnyepi xmnulis.(ecehh...bajet ad org tgk)..hak3..!! xkesa lah.aslkan ak hepi!!

nk tulis pe ek....??

sy nk kongsi laa...bru2 nih ade terwatching stu citer yg disiar ulang byk kali dah...tp sy suke tajuk cite die "SERUPA TAPI X SAMA" >.<

menarik kan?? citer nih psl ad sorg gadis dri keluarga berada yg bekerja sbg wartawan.die n family die suke wat kebaikan cth tlg org susah, bg derma kat ank yatim n ksh syg antra keluarga memg kuat n etc laa.. tp family die hdup trlalu lah sgt bebas.i mean, mnum arak,club mlm,bebas bergaul laki pompuan n so on..

sepupu pompuan tuh(laki ler...lau x,xdelah hero nyer...), duk skali ngn family pompuan tuh.. orgnye alim sesangat.slalu wat ibadat (solat,zikir,mengaji.....). tp die nih suke mnyendiri,adab brcakap xde,suke meludah(eeiiii!!),n xhormat org agy tua.pendek kata hubngannye dgn ALLAH xpenah putus tp die x create hbungn yg bek ngn mnusia...

nk djadikan cerita, one day, si gadis nih nk wat stu liputan psl khidupan msyarakat kmpung......so,die decide ler nk duk umah si lelaki a.k.a sepupu die nih d kmpung.... berat hati si lelaki nk membenarkan.yelah,pompuan nih seksi, xmcm khidupan keluarga die d kmpung.bmbang ayah die marah2 bila balik 6t.akhirnye die mengalah.......

pulanglah mereka ke kampung...........smpai2 jeh,mk sedara gadis tuh(mak si lelaki ler...xphm2 agy...),teros ngan ramah mnyambut kepulangan si gadis nih.terkezut si gadis bile bapak sedare die teros tengking2 ngn muke bengis marah2 tudung xpakai,seksi mcm2 lah.so,si gadis nih jalani lah kehidupannya d kmpung tuh. die sntiasa hormat family si lelaki tap die pelik ngan keluarga nih.coz bapak sedare die slalu duk tgking2 mak sedara die,abes sme ciri2 yg ade kat si gadis nih dikatakan bakal penghuni neraka.......adik kpd si lelaki memg xskekan gadis tuh coz die anggap gadis tuh da "bukan Islam"(di matanya,bknnye d pandangan ALLAH)....xtahan sgt,si gadis nih nekad pulang mlm tuh jugak ke umahnyer...

smpai kat tgh jalan, adik kpd si lelaki nih wat plan ngn kwn2 die yg mengong+bongok+bodow tuk tahan gadis tuh tgh jalan...

bla3 n laki tuh bukak ler suar die nk rogol gadis tuh tp masa tuh gadis tuh smbil menagis meminta pertolongan Allah yg dei akan bertaubat lau Tuhan selamatkan die n berikan peluang pada die skali lg..subhanallah,Allah Maha Kuasa, matilah lelaki tuh bila satu dahan menghempapnye oleh petir......

insaflah pihak si lelaki....anak mereka yg mereka rase berjaya dididik sbg Islam da mati dgn kufurnye.... si gadis mengambil keputusan "menseterika" tatu di kakinye...alhamdulillah,stu family die berubah pastuh....betollah, kehidupan diorg xsama tapi sebenarnye diorg serupa jeh.

cite nih wat saya tertarik sgt wlaupon da tgk byk kali..yelah,walaupun sstengah org yg kita nmpak luarannye da sah2 masuk neraka,jgn lah kita layan ibarat kita da sah2 ahli syurga..cuba kita hisab amalan kita yg slama ini kita ase sudah cukup sbg sebenar2 Islam,cukup atau tidak tuk menilai org lain....jahat atau baiknye seseorang,ke mana perginya die lpas mati,hanya urusan Allah.bknnye urusan manusia...siapalah kita hamba yg kerdil nk menentukan syurga neraka sape2...yg pnting,jgn saje hubungan kita dgn Allah perlu jaga, tp hubungan kita dgn alam sekeliling.lebih baik mengadu dgn ALLAH dripada kita mengutuk secara terbuka atau diam2 org lain dgn cara yg salah kerana sebenarnya tanpa kita sedari,pda msa yg sama kita duk citer keburukan org lain,kita serupa jeh walaupun xsama....



SAMA-SAMALAH KITA BERHIJRAH.... ,,(^.~),,

Friday, October 15, 2010

liTTle HOuSe......

suke sgt lagu neyh!! credit to mah sis n mah bro 4 d introducing of dis song 2 me....loike dis!!=),,

This is performed by actress Amanda Seyfried (yes the dumb girl from mean girls) in the

"Dear John". It's a

simple song n the chords down..

Capo 2 - all chords realative

Intro Em C x2

G Em

I love this place

C D

But it's haunted without you

G Em

My tired heart

C D

Is beating so slow

G Em

Our hearts sing less

C

Than we wanted

D

We wanted

G Em

Our hearts sing 'cause

C

We do not know

D

we do not know

C D

To light the night

G

To help us grow

Em

To help us grow

C D

It is not said

G

I always know

G Em G Em

G Em

You can catch me

C

Don't you run

D

Don't you run

G Em

If you live another day

C D

In this happy little house

G

The fire's here to stay

C D

To light the night

G

To help us grow

Em

To help us grow

C D

It is not said

G

I always know

Em C

Please don't make a fuss

G D

It won't go away

Em C

The wonder of it all

G D

The wonder that I made

C D C D

I am here to stay

C D

I am here to stay

Stay...................



Dear John Soundtrack - Little House by Amanda Seyfried

Wednesday, October 13, 2010

.M.E.N.C.A.R.U.T.

setiap mnusia ade buat salah... hidup kan hny sekali...lau kita xmintak ampun maaf skunk,bila lg....sy pon byk wat salah....tapi, sy terkedu.agak terase dgn respon seorg "ustaz" @ bleh dikategorikan ustaz c0z hnya Tuhan yg tau setiap satu amal ibadat yg kita lakukan.....seorg hamba ALLAH yg cukup menyesal meminta maaf tapi hanya kata2 cacian dpat...tp insyaallah, hamba ALLAH tuh x akan berputus asa memohon maaf....(natang, bengong,nyampah aku,bodo etc...)....YA ALLAH,kuatkanlah hati hamba ALLAH yg menyesal itu...........amin...................

"kdg2 bengis manusia wlupon melalui riak mukanya,insyaallah hatinya lembut jua"........

YA ALLAH.....JAUHKANLAH AKU DARI BERSIFAT SOMBONG.....SECELAH2 CERUK MANA AKU BERDIRI, JAUHILAH AKU DARI SIFAT SOMBONG...........


sekadar RM 6

hari2 sbelum tido duk pujuk hati nih sab0r tggu kete yg abg sy jnjikan....susahnye xde kete duk kat cni...sewa + minyak....huuu.....duet poket ade 6 inggit jeh agy.xcukup nk balik umah nek bus es0k..nak wat cmane ntah.nk pinjam ngn kwn2, ishk nyusahkan diorg lak...tp hati nih nk jumpe sgt ma ngan abah!! lama xjumpe....tetibe dpt msg kwn ajak g dinner...nakkk!!!! tp.........duet zer0...... sedih t0l. nk wat cmane.....es0k sy nak balik sgttttt....lau sy pinjam seringgit ngan kwn2,lau 12 org kwn, da RM 12,,...hmmm kita cukup lah jgk smpai ke bandar tengganu..pastuh, suh abah ambik kat sana....tp sape 12 0rg tuh??.....fenin10ox!!!!! ma, abah.....nk balik.......rinduuu.....nk mintak ampun ngn ma ngn abah....mudah-mudahan Allah bantu sy.....

lau ade duet tercicir pon sy sggup ambik, pastuh bila balik saya jnji letak balik duet kat tempat yg sama sy "pinjam" kejap.(hinalah sy....),,,,sy da korek duet syiling tp cukup2 mkn jeh.....hmmm ape cara laen yg halal agy ek....huhuuu....

Sunday, October 10, 2010

setelah sekian lama.........


emmm......ak da lma x bukak c0z dulu ak da jumpe laman sosial yg buat ak seronok...tp,seronok tuh hanya sementara.xberpanjangan.....dari ak mewujudkan social page tuh, ak da "create" ramai kawan (kwn baek,kwn sekadar isi msa kosong,kwn buat sementara,kwn yg ak xsgka ambil berat psl ak,kwn yg byk kali ak sakitkan ati diorg), musuh, arguments, dosa2 kpd mak bapak ak smpai satu peristiwa, Tuhan uji aku....ak bersyukur sgtt.......

ak bukanlah alim....solat ak pandang enteng,sejadah ak hanya wat alas ak iron baju,mukaku jrg2 dibasahi air wuduk, teguran ak anggap "ah!!sebok!byk ckp mcm mak bapak ak!!". tp, seyes, ak insaf sgt lpas kejadian tuh........ak sedar ak da wat salah terlalu jaoh.........ak xboleh mengadu terlalu lebih kat sape2 tp ak syukur Tuhan bg ak peluang sarungkn telekung solat nih balik,Tuhan bg ak peluang gerakkan otot2 tgnku menadah doa kepadaNya,Tuhan bg ak kekuatan bgn solat tuk "bercerita" ampun kepadaNya......bahagia sgt hati aku....ak minta maaf kwn2 atas sifat jahilku yang korang semua keluar air mata takot nk tegur dek bimbang ak terase.......

ak bahagia tgk korang marah....memang korang layak buat ak mcm nih. aku bersalah kat korang...Ape lagi kat ALLAH......subhanallah....dah terlalu jauh ak dari ALLAH.....jauh....tapi Allah Maha Berkuasa......aku kembali ke jalanMu ya Allah.......solat kan ku jaga, tingkah laku kan ku jaga..............ibu bapa kan ku hormat selagi nafasku xberhenti.........amin........................................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...