Monday, December 27, 2010

alhamdulillah.....=)

Hurmmm... segar sangat bangun pagi dapat hirup udara segar di rumah sendiri walaupun tgh bandor. xpelah, yang penting, pagi2 kita dapat tengok muka kedua ibu bapa kita..

Kalau bangun pagi, ape lagi teros breakfast laa... oppsss da mandi dulu k..hehe.. sambil2 tuh masa ngah belek satu page suratkhabar hari nih, saya ada terbaca satu berita. Hospital Pakar Ipoh telah mewujudkan satu baby hatch @ pusat perlindungan bayi tuk mengelakkan gejala buang bayi sekarang nih berterusan. yelah i mean untuk ibu2 yang belum bersedia atau xberkemampuan menjaga bayi mereka. yang saya kagum ngan inisiatif nih, kat tempat tuh xdiletakkan CCTV yang mana jaminan identiti pihak yang menghantar bayi ke pusat tersebut tidak akan didedahkan. bukan ape, baguslah. yelah daripada si gadis duk menanggung malu atas tindakan terlanjur diorang dan takut orang tahu n then buang bayi merata2 sampai menyebabkan kematian, eloklah inisiatif sebegini diwujudkan. sekurang2 nya nyawa bayi tersebut selamat dan terpelihara.malah di pusat perlindungan sementara tu, bayi2 nih akan mendapat perlindungan dan rawatan yg sepatutnya buat sementara sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya..

Macam2 dunia sekarang nih. Nauzubillah, mintak jauh sy terpedaya ngan semua nih agy dah. kadang2 pelik kenapa kaum Hawa yang telah tersurat lembut dalam segala hal sanggup bersepakat ngan si boifren tuk buang bayi. bertambah lagi dosa.. kalau bayi tuh mati, besarnya dosa xterhitung....

Syukur pelbagai inisiatif diwujudkan bagi menangani gejala2 nih. moga bertambah ramai umat Islam di muka bumi ini. sesungguhnya tanggungjawab kita sebagai Khalifah d muka bumi ini xpernah tamat.moga bayi2 ini membesar dengan baik... semoga ALLAH ampunkan segala dosa2 ku sbelum ini dan saudara2 Islam d muka bumi ini...amin...=(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...