Friday, January 7, 2011

10 SEBAB DILARANG PILIH SUAMI ORANG

(1)SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya pasti akan terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi percayalah, itu hanya kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu sahaja.

(2)SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar di menipu isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kelak.

(3)HUBUNGAN SECARA SULIT

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan baik. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain akan terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia..

(4)LELAKI LEBIH BERUNTUNG

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyanyanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti di akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah sahaja.

(5)MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya?Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah dipikat dan diperlakukan sewenang2 nya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

(6)SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU

Jangan terkejut, walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar hendak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar2 terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah bukan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

(7)PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat, sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu cuba digangg atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya da pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti.renungkan.....

(8)KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan hubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai,"Action that speak louder than words"(pandai cakap tai buatnya tidak)...

(9)BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita atau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamuterpaksa menanggung segala derita bersendirian. Haiii....Kasih ke mana, sayang ke mana... Tinggal kamu seorang yang menderita....

(10)MASA ITU EMAS. DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA...

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar usia kamu makin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika kamu boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang tidak BERMAKNA...

Tuesday, January 4, 2011

toink2....,,(*.*),,

Suda 2 hari di hostel n windunyeeee kat umah babe!! tido mlm2 mesti kena tengok video hamster2 sy dulu. baru ley masuk dalam mimpi.hik3...

Ermmmm nak merapu pasal ape ek kali nih...???

Haaa.....tringat pulak waktu duk sembang dengan parent tercinta masa cuti hari tuh. teringat cakap diorang, semester baru nih, create hidup n azam baru. yang paling penting jauhi sgt2 sifat cemburu n iri hati kat orang lain. sebabnye dari situ semua sengketa wujud.yang paling penting, biorlah pikir tuh ikot kewarasan akal. umur dah besar, biarlah pikir matang sikit..heeee saya owez ingat sebagai pengajaran....

Saya ade terbaca satu blog, bes sangat tajuk die pasal "SIFAT CEMBURU DAN 8 CARA MENGATASINYA"....

Saya nih jenis xmalu so mau saya kongsikan kat cni laa..

Adakah anda pernah mengalami sekurang-kurangnya satu daripada senario di bawah ini?

1. Anda sekadar ada kereta kodok Volkswagen model 60-an yang selalu meragam di waktu pagi dan jiran sebelah rumah anda pula ada kereta Honda Civic yang bunyi enjinnya menderum sedap? Anda jadi sangat cemburu sehingga mengharapkan kereta Honda Civic jiran anda itu ditarik oleh bank?

2. Gaji anda cukup-cukup makan sahaja. Gaji rakan-rakan anda pula agak besar sehingga mereka mampu untuk makan angin di luar negara. Anda pula nak pergi makan angin di Pulau Carey pun rasa mahu terburai poket seluar. Cemburu punya pasal, anda berdoa agar kapal terbang yang dinaiki kawan anda itu terhempas, atau sekurang-kurangnya dirampas oleh teroris.

3. Kawan-kawan anda sudah ramai yang kahwin, dan anda juga mahu berkahwin, malangnya atas sebab-sebab yang tertentu anda masih lagi belum boleh berkahwin. Anda jadi tersangat cemburu pada rakan-rakan anda yang sudah berkahwin sehingga kadang-kadang anda harap esok pagi juga mereka bercerai?

4. Anda tambah sendiri senario...


Cemburu Pertama Dalam Sejarah Manusia
Cemburu paling hebat yang pernah terjadi dalam sepanjang alam ini wujud adalah cemburu Iblis kepada Nabi Adam. Apabila Allah menyuruh Iblis sujud pada Nabi Adam, Iblis enggan. Iblis merasakan dirinya lebih bagus dari Nabi Adam. Iblis cemburu kerana Allah memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada Nabi Adam. Akibatnya, Iblis dicampak keluar dari syurga dan kini tempat tinggal abadinya adalah di dalam neraka.

Cemburu manusia yang pertama pula berlaku dalam kisah Habil dan Qabil yang merupakan 2 orang putera Nabi Adam. Qabil tidak puas hati dengan Habil kerana Habil akan dinikahkan dengan Iqlima (saudara kembar Qabil) yang jauh lebih rupawan dari Labuda (saudara kembar Habil). Ini kemudiannya membawa kepada adegan-adegan dramatik yang mencemaskan. Klimaks kepada kisah ini adalah apabila Qabil membunuh Habil. Ini kes cemburu pertama dalam sejarah manusia, dan cemburu pertama ini juga telah membawa kepada tragedi pertumpahan darah yang pertama di atas muka bumi ini.

8 Petua Mengatasi Sifat Cemburu
1) Daripada 2 kisah cemburu yang membabitkan Iblis dan Qabil itu, kita dapati bahawa sifat cemburu tidak membawa sebarang kebaikan langsung kepada kita. Cemburu hanya memusnahkan diri sendiri. Tiada pengakhiran yang baik dan menggembirakan dalam hati manusia yang sering cemburu. Oleh itu sebelum anda mahu cemburu, cuba renung kembali kisah Iblis dan Qabil ini.


2) Kita selaku manusia biasa, memang agak sukar untuk membuang 100% sifat cemburu dari terus mendiami hati. Oleh itu, lempiaskan sifat cemburu ini pada 2 jenis keadaan sahaja berdasarkan kepada hadith Rasulullah sallahu alayhi wasalam dari kitab Sahih Muslim ini:

Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia.


3) Imam al-Ghazali ada menerangkan di dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa manusia jenis yang kuat hasad dan cemburu ini, apabila diceritakan kepadanya kesenangan yang diterima oleh orang lain, hatinya akan jadi benci dan resah. Apabila dia mendapat tahu musuhnya ditimpa musibah dan nasib malang, hatinya akan menyanyi keriangan.

Cemburu pada orang lain bermaksud kita tidak gembira pada nikmat yang Allah berikan kepada para hamba-Nya. Ini juga bermakna bahawa kita tidak redha pada takdir dan ketetapan Allah. Jika kita sendiri tidak redha pada Allah, apakah mungkin bagi kita untuk mendapatkan keredhaan Allah? Dan jika Allah tidak redha pada kita, apakah mungkin ketenangan hati itu akan kita kecapi?

Imam Maulud, seorang ulama Sufi yang hebat, ada menerangkan bahawa untuk membersihkan hati (sekaligus mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa), kita elakkan dari berasa cemburu pada kejayaan orang lain. Sebaliknya, jika manusia lain mendapat kebaikan dan rezeki yang lebih dari kita, kita doakan kebaikan dan kegembiraan untuk mereka. Hatta jika musuh kita yang mendapat kebaikan, jangan juga cemburu. Cemburu kepada musuh hanya akan menambahkan lagi penguasaan psikologi mereka ke atas diri kita.


4) Cemburu hadir sebab kita rasa kita lebih bagus dan lebih mulia dari orang lain; holier than thou. Apabila kita ada persepsi sebegini, kita akan mudah merasakan bahawa dia dan mereka tidak layak untuk menerima nikmat tersebut. Kita sahajalah yang layak. Buang sifat sebegini dan tanamkan dalam hati dan minda bahawa yang orang lebih mulia di sisi Allah hanya diukur dari segi takwa. Dengan ini, di samping dapat membuang sifat cemburu, kita juga sekaligus dapat berlumba-lumba dengan manusia lain dalam meningkatkan taqwa kepada Allah.


5) Dalam 3 senario di atas, saya ada sentuh tentang bab kahwin. Saya jadikan isu kahwin ini agak spesifik memandangkan saya kenal dan tahu beberapa orang kawan saya, dan kebanyakkan adalah perempuan yang mengeluh kerana masih lagi belum bertemu jodoh. Mereka agak depress.

Berkahwin memang seronok. Siapa tidak suka kahwin. Tetapi menjadikan perkahwinan sebagai alasan untuk memberikan kebahagian hidup agak kurang tepat. Pasangan berkahwin yang kelihatan gembira mungkin kerana sejak zaman bujang lagi mereka sudah memiliki gaya hidup yang ceria. Tapi apa akan jadi jika Lelaki A yang pesimis berkahwin dengan Wanita B yang bersifat sangat cemburu buta. Anda fikir dengan perkahwinan itu, Lelaki A dan Wanita B itu akan mendapat kegembiraan dan kebahagiaan hidup?

Perkahwinan hanya satu keindahan yang sementara. Jika ia tidak disulami dengan tanggungjawab, perkahwinan adalah satu bala. Terangkan kepada saya mengapa Britney Spears bercerai dengan suami pertamanya, iaitu Jason Allen Alexander setelah mereka sah menjadi suami isteri selama 55 jam sahaja? Saya juga ada seorang rakan (Melayu) yang menceritakan kisah sedih rakannya (Melayu) yang diceraikan suaminya setelah 1 tahun berumahtangga. Mengapa ini berlaku? Tiada kebahagiaan!

Maka, perkahwinan bukan tiket mutlak kebahagiaan hidup. Ketahuilah bahawa sebahagian dari kegembiraan itu terletak pada redha Allah ke atas manusia dan sebahagian lagi terletak pada cara seseorang itu berfikir. Kepada yang masih belum berkahwin, bawa-bawa bersabar. Bak kata senior saya, let's chill and relax...

Akan tetapi, perkahwinan juga sangat penting dalam kehidupan manusia. Saya ingin membantu, tetapi saya tidak boleh bagi kaunseling lebih-lebih kerana masih lagi belum berkahwin. Mungkin boleh baca artikel ini: What should I do to get married?

Jangan cemburu kepada rakan-rakan yang terlebih dahulu menamatkan zaman bujang dan anak dara. Bila sampai masa yang ditetapkan Allah, anda pasti akan mendapatnya. Ini konsep tawakal dalam Islam. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Cuba aplikasikan konsep Taburan Normal dalam ilmu statistik untuk lebih memahami masalah ini.


6) Apa yang mereka ada tidak semestinya diberkati Allah. Kadang-kadang rezeki yang Allah beri pada hamba-Nya adalah bersifat istidraj semata-mata. Rasullulah bersabda:

Apabila kamu melihat Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat, ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah.
(Hadith riwayat Imam at-Tabarani, Ahmad dan Al-Baihaqi).


Istidraj adalah nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang kafir dan fasik, tetapi dalam masa yang sama Allah hilangkan erti kesyukuran di dalam hati mereka, dan Allah membinasakan mereka secara beransur-ansur tanpa mereka sedari.

Jiran anda di sebelah rumah yang selalu pergi clubbing dan tuang arak dalam perut, tetapi kereta mewah ada 2-3 biji, menjawat pula title CEO di sebuah syarikat besar, maka ketahuilah bahawa rezeki yang mereka terima itu berkemungkinan besar adalah istidraj. Oleh itu, jika anda patuh dan taat pada segala-perintah Allah, melakukan solat tahajjud setiap malam, tetapi rezeki masih lagi dalam keadaan terumbang-ambing, maka janganlah terlalu risau. Rezeki sikit atau banyak adalah ujian dari Allah.

Jangan sangka dengan duit berkepok-kepok di bawah bantal akan membuatkan kita gembira. Kita gembira kerana Allah yang kasi kita gembira. Jika anda ada buku Ayah Kaya, Ayah Miskin, cuba selak semula bahagian awal buku itu, yang mana Robert Kiyosaki ada menceritakan kisah beberapa orang ternama yang kaya-raya waktu itu, akhirnya menerima kesudahan hidup yang menyedihkan setelah berlakunya peristiwa Great Depression. Lihat, semudah itu sahaja Allah mahu tarik kekayaan seseorang.


7) Masih lagi rasa susah untuk membuang rasa cemburu itu? Masih lagi tidak puas hati pada jiran ada rumah yang lebih besar dan selalu makan di restoran mewah? Baik, lihat 2 gambar di bawah ini. Gambar membawa sejuta erti.

Gambar ini tidak dapat dipastikan siapa yang tangkap. Anak kecil itu mengutip cebisan makanan yang sudah dibuang. Alangkah laparnya dia!


Gambar ini ditangkap oleh Kevin Carter. Gambar ini menyebabkan Kevin Carter membunuh diri tidak lama kemudian disebabkan kesan psikologi yang sangat mendalam.


8) Akhir sekali, cemburu datang kerana kurang sifat syukur dalam diri. Kita selalu memikirkan dan berasa rungsing dengan apa yang masih tidak kita miliki. Kita cemburu pada orang lain yang ada apa yang kita mahu. Tetapi selalu sangat kita tidak bersyukur dengan apa yang sedang kita ada.


So, bes baca sebab kadang2 atau selalu terjadi sekeliling kita. saya nih bukan la org kata nak riak @ bagga diri tapi saya susah sangat nak rasa cemburu kat kejayaan, kecantikan, kete besor ke x besor atau pape jeh lah becoz saya jadik nak kejar tuh semua sendiri tapi xde lah sampai mak aihhh "benci ak tgk die agy kaya dari ak!!", "nyampah r! semua orang asyik sokong die jeh!", "huh!asyik2 die jeh betul!bosan ak dgr!!" n banyak lagi lah contoh nyer..dari dulu susah cket saya nak rase gitu. tapi hidup kita ni kadang2 dihadirkan dengan orang sebegini...

Tapi, suke ma saya penah cakap, kalau orang cemburukan kita, kita patut syukur n wat derk becoz sebenarnya kita lebih baik dari diri die yang dirasakan hebat dari semua orang. yup, betul jugak..... jadi, kalau terjumpe jenis2 macam nih, kita kena banyak sabar n gelak dalam hati je lah...ekekekeee...

Yelah, sabar kan sebahagian dari iman..... janganlah pulak bahagian iman kita yang lain dijaga sangat tapi yang lain entah ke mana. tapi, kadang2 ade jugak jenis yang xsedar die sedang melahirkan rase iri hati kat orang lain.. pelik2.....

Dah nak buat macam mana kan, selagi ade nya sedikit kejayaan dari orang lain, sifat cemburu xkan pernah hilang dari dalam diri manusia. kita semua ade sifat cemburu sebenarnya tapi yang membezakan kita lebih baik dari orang lain adalah tahap kita berjaya mengawalnya selagi tak melanggar hukum2 Islam.. bukanlah nak berlagak baik cuma kita sama2 muhasabah diri kita sebagai manusia ape salahnya kan....=)

Setiap khalifah d muka bumi nih Tuhan dah beri rezeki masing2. kalau kita cemburu dengan orang lain maknanye kita "xbersetuju" akan rezeki yang dikurniakan Allah terhadap hamba2 nya sekalian... cemburu positif yang boleh memajukan diri kita tidak ape tapi janganlah sampai memusnahkan hidup orang lain ok...barulah kita hidup bahagia dalaman dan luaran....amin..... ,,(^.^),, bab kata omputih berkecek,"wat d hell r u man....) kwa3...=p

Tuesday, December 28, 2010

,,(~.~),,

Haish, nape susah nak tido nih??

Gigi da gosok, muka da cuci, tapi nape saya xtido2 lagi nih??... hak3.. tu pon nak duk bagitau jugak..

Actually sah tinggal 4 hari jeh lagi duk kat umah sebelum balik ke maktab saya. eh silap, sekarang da kira esok. jadi, tinggal 3 hari jeh lagi di umah.. aduhh... sedihnya.. dah tak boleh nak tido atas katil besar nih, dah xboleh mandi dalam bilik air kat umah nih lagi... adehh mengarot ler minah nih...

Ok lah, yang sebenar2 nya lah, saya dapat panggilan dari seorang kawan baik saya. kira bff la jugak. terkejut pnyer lah. yelah, call sy nangis2 cakap pakwe die yang amat amat amatlah dikasihi n dicintai bagai nak rak tuh tinggalkan dia.. aduyaiii saya agak bosan melayan tangisan semata-mata lelaki jenis tak guna macam nih. so, saya praktikkanlah segala pengalaman perempuan tak guna contohnya macam saya nih yang xsemua orang ada tuk tenangkan dia. lama lah jugak menenangkan sahabat karib saya tuh.. aduhh... si boifrennya suami orang.. Memang kadang-kadang manusia nih buta dengan cinta dan nafsu dek kata-kata manis si lelaki terutamanya husband orang(tak semua lah ok...)..

Sedih saya dengar dia sakan duk nangis. yelah, saya sendiri perempuan. saya tahu perempuan kalau dah cinta dan sayang, macam2 halangan depan mata pun dah tak kisah. tapi percayalah, cinta tuh tak ke mana. percaya atau tidak, cinta tu sekadar bertepuk sebelah tangan je. saya teringat ada dalam satu ceramah dari Dato' Fadzillah Kamsah sendiri yang mengatakan, kalau lelaki yang sudah bersuami tetapi mencari perempuan lain untuk mengisi hatinya dengan bercerita keburukan si isteri, 99% memang tidak boleh dipercayai. lebih-lebih lagi bermain cinta di belakang isterinya sendiri. kita pun salah kadang-kadang. sekadar kata-kata manis pun sudah membuatkan kita terpaut..

Memang si isteri ada kelemahan2 tertentu, tapi sedarlah wahai si suami di luar sana, tidak ada setiap seorang pun manusia di muka bumi nih diwujudkan Allah sempurna segala-galanya. teringat satu cerita di televisyen yang saya baru tonton minggu lepas kalau xsilap. mengisahkan seorang suami yang mahu beristeri lagi tapi dia tetap sayangkan isteri dan anaknya. jadi, dia buat keputusan meminta izin isterinya untuk berkahwin lagi. alhamdulillah isterinya memberi izin dan menyuruhnya membawa perempuan tersebut datang bermalam di rumah mereka supaya dia dapat kenal lebih rapat lagi.

Sepanjang di rumah mereka, ramahnya si isteri melayan bakal madunya.. bahagia sangat si suami melihatkan keadaan tuh. dalam diam, merana sangat hati si isteri tapi xpernah ditunjukkan sedihnya di hadapan sesiapa. bagi dia, kebahagiaan suaminya adalah kebahagiaannya juga. tapi timbul resah di hati perempuan tuh dan dia tidak pasti adakah keputusannya tu betul. lalu, dimintanya petunjuk dari Allah s.w.t. dia keluar dari rumah tu dan pergi jauh dari si lelaki dan keluarganya kerana dia tidak sanggup hadir dalam sebuah keluarga yang begitu baik dengannya..

Bagi saya, kedua2 wanita dalam cerita tersebut walaupun hanya lakonan, sangat mulia...

Betul kata seseorang, kita janganlah fikir hanya diri kita, kadang2 kita kena fikir orang sekeliling, keluarga kita, kawan2 dan paling utama Allah s.w.t... kita xmampu hidup di dunia nih hanya berbekalkan cinta sesama manusia tetapi juga cinta dari Allah..

Alhamdulillah, kawan saya dapat menerima keputusan tuh. benarlah, kadang-kadang Allah uji kita supaya kita lagi matang dan dekat denganNya walaupun kita xsedari. kita beri orang lain hidup bahagia, berkali2 ganda kita akan dapat kebahagiaan itu satu hari nanti. betul, lelaki boleh berkahwin hingga empat tetapi mampukah mereka bersifat adil sebagaimana alasan mereka ingin mengikut sunnah Nabi.. apakah keinginan mereka tu dapat memberi manfaat kepada Islam. tetapi Islam memberi kebenaran tersebut memandangkan bagi mengelakkan berlakunya zina dan maksiat. tapi, seeloknya bagi si perempuan, masih ramai lelaki2 yang memerlukan kasih sayang anda.. carilah sebaik2 lelaki... moga kawan saya itu dan sesiapa yang pernah melalui semua nih Tuhan berikan jodoh yang boleh memimpin hidup dalam keberkatan bukannya sekadar mabuk cinta yang belum pasti penghujungnya.... amin... =)

Monday, December 27, 2010

alhamdulillah.....=)

Hurmmm... segar sangat bangun pagi dapat hirup udara segar di rumah sendiri walaupun tgh bandor. xpelah, yang penting, pagi2 kita dapat tengok muka kedua ibu bapa kita..

Kalau bangun pagi, ape lagi teros breakfast laa... oppsss da mandi dulu k..hehe.. sambil2 tuh masa ngah belek satu page suratkhabar hari nih, saya ada terbaca satu berita. Hospital Pakar Ipoh telah mewujudkan satu baby hatch @ pusat perlindungan bayi tuk mengelakkan gejala buang bayi sekarang nih berterusan. yelah i mean untuk ibu2 yang belum bersedia atau xberkemampuan menjaga bayi mereka. yang saya kagum ngan inisiatif nih, kat tempat tuh xdiletakkan CCTV yang mana jaminan identiti pihak yang menghantar bayi ke pusat tersebut tidak akan didedahkan. bukan ape, baguslah. yelah daripada si gadis duk menanggung malu atas tindakan terlanjur diorang dan takut orang tahu n then buang bayi merata2 sampai menyebabkan kematian, eloklah inisiatif sebegini diwujudkan. sekurang2 nya nyawa bayi tersebut selamat dan terpelihara.malah di pusat perlindungan sementara tu, bayi2 nih akan mendapat perlindungan dan rawatan yg sepatutnya buat sementara sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya..

Macam2 dunia sekarang nih. Nauzubillah, mintak jauh sy terpedaya ngan semua nih agy dah. kadang2 pelik kenapa kaum Hawa yang telah tersurat lembut dalam segala hal sanggup bersepakat ngan si boifren tuk buang bayi. bertambah lagi dosa.. kalau bayi tuh mati, besarnya dosa xterhitung....

Syukur pelbagai inisiatif diwujudkan bagi menangani gejala2 nih. moga bertambah ramai umat Islam di muka bumi ini. sesungguhnya tanggungjawab kita sebagai Khalifah d muka bumi ini xpernah tamat.moga bayi2 ini membesar dengan baik... semoga ALLAH ampunkan segala dosa2 ku sbelum ini dan saudara2 Islam d muka bumi ini...amin...=(

kolot sgt ker!!!

Dulu, saya langsung xkesa dgn sekeliling. i mean, orang hisap rokok ke, minum arak ke pape jeh lah. tapi nape skunk hati saya rase geram n panas bila tengok sume tuh. bukanlah nak berlagak baik coz saya nih bukannya baik sgt pown, tp entah lah. xreti nak cakap. tiba2 rasa panas hati bila tengok. bisalah kita hidup di dunia nih xmampu bersendirian. mesti ada kawan. tapi xsemua kawan2 kita boleh buat sahabat....

Saya ada kawan2 yang pelbagai latar belakang. ada mcm2 lah jenis perangai nye. selama nih, saya xkisah bila berkawan dengan sape2 tapi nape dua tiga menjak nih, rasa sumthing. bila saya tengok ada kawan2 yang duk letak gambar2 yang xsepatutnya lam laman sosial milik diorang cth gambar pegang arak la, tengah cium boifren yang rambut merah la, tunjuk gambar lam bar, macam2 ah! dulu saya kawan jeh tapi skrg bila tengok rasa nyampah teramat sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Macamlah hebat sangat. lau nama tuh Melayu, ape pasal nak ikot budaya luar yang duk makan diri sendiri. saya sendiri pon bukan baik sangat sampai kdg2 orang naik nyampah ngan saya tp at least xboley ker dgr nasihat kawan2 sendiri. bila lidah mula sebut, dikatakan kolot la, nyebok la, ko duk maktab xtao pape la, xikot trend sekarang la ape la!! habis, trend hidup korang yang high class tuh jamin korang bahagia dunia akhirat ke.. orang yang banyak kali wat salah dan ambil pengajaran dari orang lain lebih baik dari orang yang wat salah tapi xnak ambil pengajaran langsung!

Pastuh, duk bangga2 dengan gambar2 tuh konon gaya hidup ko macam high class la konon. aku la kolot zaman batu kan......

Saya bukan niat nak mengamuk atau burukkan sape2 kat sini, tapi cuba lah bayangkan anak2 kita yang mcm gaya hidup korang. korang nasihat pon diorang xnak dengar. dengarlah at least nasihat kawan2 n orang2 terdekat. korang akan belajar banyak sangat2 kalau korang banyak buat salah dan berubah. belajar dari pengalaman kita. sy pon bukan perfect. malah, xde manusia yang perfect dalam muka bumi nih. kita kena ingat xsemua kawan boleh dibuat sahabat. kalau orang dah xpercayakan kita, biarlah. yang penting hati kita sendiri..

Setiap individu ada buat kesilapan. at least cuba tatap muka parent kita n bayangkan betapa susahnya nak membesarkan kita. kalau tindakan tuh tanda korang memberontak dengan mereka, setakat diam jeh lah sudah cukup. jangan lah duduk proud2 dgn benda2 yang korang ambil atau minum tuh coz yang seksa nanti korang juga...... sy harap ada antara korang maafkan kawan korang yang kolot nih. i luv u oll olwez.... maafkan sy kalau saya terkasar bahasa...

Sunday, December 26, 2010

huk3...



Saya nih obses sgt dgn lagu2 english.... bagi saya kan, xsalah asalkan tidak melalaikan amalan dan kehidupan kita sebagai Islam. Dalam erti kata lain, sekadar minat mendengar dan janganlah sampai memuja dari segala aspek. nih mcm tuh artis pakai, mcm tuh jugak kita nk ikot n jadikan idol. saya akui saya sampai tahap mcm tu dulu tapi alhamdulillah sedikit demi sedikit saya kurangkan coz nak harapkan perubahan yg besar dan mendadak bukanlah mudah. ibarat jihad..

Kalau nak memilih lagu barat yang didengar, seeloknya kita tgk dulu lirik2 dan kandungan2 yang mungkin kita xnampak dan sedari.. mcm kita tgk sekarang nih, banyak lagu ada ayat2 lust, mencarut, terlalu berat dan sebagainya. saya suka english songs tapi sekarang alhamdulillah saya cuba hadkan..

Lagu2 nasyid sekarang ni pun tidak membosankan dan terlalu menarik dalam berdakwah terutamanya untuk golongan muda. saya sendiri pon akui saya dah jatuh cinta dengan lagu2 nasyid. even ada sesetengah pendakwah menggunakan pendekatan dakwah melalui cara yang bijak terhadap golongan muda sehinggakan lagu rock dicampur dengan qasidah. yup, apa salahnya. menarik dan kreatif bukan??.. asalkan objektif penympaian dakwah Islamiah dapat dicapai kerana memang susah nk mendekati apatah lagi mengubah golongan2 muda khususnya..

Saya juga dikelilingi dengan individu2 yang suka mendengar nasyid. Dulu, langsung xberminat. yelah, bagi saya mengantuk dan membosankan. tapi, saya tengok artis2 contohnya Maher Zain, Sami Yusuf, Raihan etc2 dah berjaya lam industri mereka. bagi pendapat saya, muzik mereka yg menarik dan merdu yg membuatkan dakwah mereka berjaya sehinggakan saya sebagai golongan muda sendiri tertarik. yar, still layan english tapi dah sedikit terarah ke nasyid2 mereka. begitu cepatnya mereka terkenal dek muzik mereka. bagi saya, mereka hebat lam berdakwah walaupun secara tidak langsung kerana mereka tahu tuntutan muzik dan pendengar sekarang sehinggakan peminat mereka dalam kalangan remaja semakin hari semakin meningkat... malahan kanak-kanak pon nyanyikan lagu2 mereka d mana2 sahaja.... see!!

Sekarang dah layan!! hik3... aduhh ter"falled" in luv with Sami Yusuf guys!! he's perfect lol...!! Macam ni lah lelaki yang saya inginkan setelah saya melalui banyak sangat perkara. yelah, pengalaman mematangkan kita sumtimes.. ..heheee... kalau kita menginginkan lelaki sebaik2 yang boleh memimpin kita, kita mulakan dengan diri kita dulu. berubah ke arah yang lebih baik memang dituntut. lakukan walaupun secara perlahan dan walaupun hanya kita yang dapat merasakan perubahan itu... =)








setelah pelbagai perkara yg berlaku, sy tersentuh dengan ayat seorang hamba Allah:

"carilah lelaki yg betol2 layak bergelar suami yg mana iman kita yg xseberapa nih dapat diteguhkan olehnya...."

amin.......terima kasih awak....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...